Open top menu
Thursday 31 December 2015

TAHUN BARU-PERLUKAH ADA AZAM BARU?
Alhamdulillah, syukur pada yang Maha kuasa kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ini di hari Jumaat yang penuh barakah penghulu segala hari dan di dalam tahun baru 2016 hari ini. Apa yang kita lalui hari ini adalah untuk menjadikan kita "seseorang" di masa depan.


Tahun baru, perlukah ada azam baru dan minda yang baru? Sebagai individu amnya dan umat islam khususnya, kita di galakkan untuk memperbaiki diri dan berusaha membuat kebaikan tidak mengira masa dan tempat. Malah setiap masa itu perlu di penuhi dengan azam dan usaha yang kental untuk menjadi yang terbaik. Dalam Islam, sesuatu azam yang di iringi dengan usaha, perancangan, pengurusan, strategi dan perlaksanaan tidak akan tercapai tanpa bergantung sepenuhnya pada taufiq dan hidayah dari Allah.

Firman Allah yang bermaksud :
"Kemudian apabila kamu membulatkan tekad (azam), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bertawakkal kepadanya"
(Surah Ak-Imran ayat 159)


Ia bertepatan dengan sebuah hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi di mana Allah lebih suka kepada seorang muslim yang melakukan apa jua perkara secara sempurna dan teratur, malah sentiasa pula berusaha untuk memperbaiki usahanya pada setiap ketika.


Azam dikaitkan dengan perubahan diri kepada yang lebih baik. Oleh yang demikian, untuk memnuhi matlamat untuk berubah, terdapat beberapa perkara asas yang perlu diambilkira :


  • Kesedaran untuk berubah - seseorang itu perlu menyedari kenapa perlu kepada perubahan. Contohnya seorang perokok yang sedar bahawa bahaya merokok kepada kesihatan akan cuba berazam untuk meninggalkan tabiat merokok dengan mencuba pelbagai kaedah.
  • Kesanggupan untuk berubah - ia perlu di iringi dengan semangat dan usaha yang kental.
  • Berniat tegas untuk berubah dalam jangka waktu yang telah ditetapkan
  • Tindakan pematuhann kepada niat atau azam itu tadi.
  • Pemantauan terhadap tindakan.




Kebiasaannya orang akan pertikaikan.. Azam tahun lepas pun tak terbuat, nak buat apa tiap2 tahun ada azam baru. 


Tak salah jika tiap-tiap tahun senaraikan azam baru kita jika ianya sesuatu yang baik, untuk kebaikan kita juga. Biarlah orang nak kata apa pun. Yang penting kita ada usaha untuk mecapai azam yang telah kita senaraikan itu. So,semua dah list kan azam baru? Bagi yang belum, jangan lupa listkan ok. SELAMAT TAHUN BARU 2016. Saya doakan moga 2016 buat saya dan semua yang membaca blog ini adalah tahun yang penuh Rahmat dan keberkatan dari ilahi, moga 2016 PENCETUS kepada kejayaan kita semua. Amin...

Nukilan Ikhlas
Ieda Fareeda
012-9555602
Tagged
Different Themes
Faridah Ahmad Menulis

Saya Faridah bt Ahmad, pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 929771. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.

3 comments:

Popular Posts