Open top menu
Sunday, 11 October 2015

Ikan Sungai Pahang


Aku orang pahang! Orang pahang kalau tak tau makan ikan sungai, rugi wehhh!! Ikan sungai pahang ni satu kelebihannya tidak berbau hanyir sebab di ternak di sungai Pahang. Yang tidak di ternak, bebas di sungai lagi lah tak berbau. Sebab tu sangat2 mahal harganya cecah ratusan ringgit. Penggemar ikan sungai memang sanggup bayar berapapun agar dapat menikmati rasa ikan sungai pahang yang sangat2 lembut tu.

Saya berhijrah ke Johor mengikut suami kerana suamiku orang Johor. Setiap kali pulang ke Pekan, bandar di Raja saya akan bawa bekas untuk mengisi ikan patin dan ikan baung. Memang banyak sekali beli sebab jiran2 dan kawan2 pun kirim. 


Best pakai ni sebab tak bocor, tahan sejuk. Ikan pun tak busuk. Dulu bekas ni saya guna untuk membawa pulang susu perahan yang sangat banyak ketika tu semasa pantang Aisyah azzalea di kampung dulu. Sekarang dah jadi bekas ikan ;-)

Ikan patin ni terkenal dengan vitamin yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Oleh itu ikan patin ini banyak digunakan sebagai sumber protein berkualiti tinggi, vitamin dan juga mineral. Sumber protein yang terkandung dalam ikan patin sekitar 23-28%. Kandungan lemaknya pun rendah sehingga baik untuk kesihatan.

Ikan sungai Pahang di jamin tidak diberi makan makanan yang haram. Penternaknya juga merupakan orang Islam.  Saya tahu sedikit sebanyak cara ikan diternak dan makanan apa yang diberikan.


Tempat ternakan ni tak jauh dari rumah mak saya.


Jika anda nampak kawasan ni, lebih kurang 5 minit ke rumah mak saya ;-)

Ikan Patin

Ikan Baung

Ikan Patin sedap Masak apa?? Ha.. apa lagi.. Gulai Tempoyakla. Ikan baung biasanya saya masak asam rebus atau sama pedas


Ikan Patin Masak Tempoyak

Baung masak asam rebus


Setakat ini perkongsian dari saya. Saat Ku Jatuh Cinta dengan ikan sungai Pahang. Next time saya share lagi resepi ikan sungai dan lain2 yang berkenaan ye. Kalau ade sebarang pertanyataan atau nak kirim saya beli pun boleh hubungi saya 012-9555602



Different Themes
Faridah Ahmad Menulis

Saya Faridah bt Ahmad, pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 929771. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.

7 comments:

Popular Posts